Sunday, November 13, 2011

Dunia Tidak Pernah Berubah

Dunia Tidak Pernah Berubah
by
srikandi sejati
14 november 2011 (12.26 pm)
Lama dah aku tidak edit blog ni. Banyak yang aku mau kongsikan tetapi keadaan tidak mengizinkan. Masa aku terlalu terhad. Tetapi tidak bermakna aku akn terus hilang begitu sahaja.

"Dunia tidak pernah berubah, kita sahaja yang menganggap dunia ini berubah." kata-kata Dato' Rahim Razali dalam sebuah filem melayu yang bertajuk 'Manual Cinta'.

Mendengar kata-kata itu membuat aku berfikir. Dan benar seperti apa yang beliau katakan, sememangnya dunia ini tidak pernah berubah pun. Yang berubah itu adalah manusia, adalah kita.

Manusia lah yang telah berubah dan merubah segalanya. Tetapi manusia sering menyalahkan dunia, mengatakan dunia ini telah berubah? Apakah manusia itu telah buta ataupun berkata-kata sambil menutup mata?

Ketahuilah olehmu yang bergelar manusia, dunia yang ada sekarang ini adalah dunia yang sama saat Nabi Adam diturunkan kedunia, dunia yang sama saat Rasulullah membawa agama Allah, dunia yang sama saat Islam menguasai dua per tiga dunia, dunia yang sama saat gejala sosial menjadi barah yang tidak dapat diubati, dunia yang sama saat ini, yang sedang kita duduki, sedang kita pijak. 

Tetapi mengapa dunia yang dulunya aman kini semakin hancur, porak poranda bahkan peperangan semakin berleluasa?Disana sini pergaduhan?

Tepuk dada, tanya iman..Tepuk kepala, tanya pemikiran..sama-samalah kita berfikir..

 


No comments:

Post a Comment