Salam

tinta

Wednesday, May 18, 2011

Betulkan Aku Jika Aku Salah

Betulkan Aku Jika Aku Salah
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
19 Mei 2011 (1.18am)

Couple????????
Apakah maksud couple yang sebenarnya ya??? Ada sesiapa yang boleh beritahu aku dengan tepat?? Kalau ada yang tahu beritahulah aku agar aku tahu, boleh juga kita share...

Bagi aku, couple itu satu hubungan hati. Betulkah?? Kalau salah betulkan aku. Hubungan hati antara dua insan yang berlainan jenis iaitu antara lelaki dan perempuan. Betulkan?

Orang yang bercouple bermula daripada pandang pertama. Kerana mata yang memandang, hati merasa kesengsaraannya. Kerana mata yang melihat, hati yang menanggung deritanya (kerana itu Allah suruh jaga pandangan kita).

Mari, aku terangkan bagaimana couple itu bermula. Tapi ini aku agak ja ya, tak tahu sangat sebenarnya pasal couple ni.

Bermula apabila A (lelaki) terserempak, terlihat atau bertemu dengan S (perempuan) buat pertama kalinya. Lumrah manusia, cepat tertarik pada sesuatu yang cantik, handsome atau indah ciptaannya, segalanya bermula dari mata. Pertemuan pertama mula terdetik di hatinya, "Cantiknya dia." atau "Handsomenya dia." Pertemuan pertama menagih pada pertemuan yang kesekian kalinya.

Ia Bukan Mudah

Ia Bukan Mudah
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
18 Mei 2011 (11.07pm)

Bila kita renung kembali, kita imbas apa yang sering terjadi sejak akhir-akhir zaman ini, mungkin ada yang perasan dengan trend dunia masa kini. Zaman ini, manusia mengejar pangkat, bahkan kadang2 ia menjadi matlamat utama dalam melakukan sesuatu kerja. Bukan kerana mengejar redha Allah. Kita tengok sendiri kebanyakan manusia berebut-rebut untuk memegang tampuk pemerintahan tidak kiralah dari sekecil-kecil kuasa hingga yang terbesar.

Aku jua pernah menjadi ketua. Bahkan sekarang jua masih sedang memikul tanggungjawab itu. Aku bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi ada sesuatu yang ingin ku kongsikan tidak kiralah kepada teman seperjuangan, adik2, anak2 buah atau sesiapa sahaja yang berkenaan. Hanya sekadar perkongsian.

Untuk memegang atau mengetuai sesuatu organisasi mahupun kumpulan kecil ia bukanlah semudah yang kita sangka. Beban yang dirasa memikul satu amanah itu amat berat bahkan terlalu berat. Pincang pemimpin, maka pincanglah keseluruhannya. Baik pemimpin maka baiklah jua kesudahannya. Jika pemimpin makan rasuah, apatah lagi rakyat bawahan. Semua bermula daripada pemimpin.

Dosa yang dilakukan oleh rakyat, maka 'saham'nya juga akan di tanggung oleh pemimpin. Semakin besar dosa yang dilakukan oleh rakyat, maka semakin banyaklah 'syer saham' yang akan diterima oleh pemimpin. Contohnya jika rakyat menerima dosa kerana menipu sesama mereka, pemimpin juga akan menerima dosa itu kerana itu adalah pimpinannya. 

"Semua kamu adalah gembala, dan setiap gembala itu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya" 

Sedangkan seorang isteri boleh masuk ke dalam syurga walaupun suaminya tergolong dalam ahli neraka, tetapi seorang suami tidak boleh masuk ke dalam syurga walaupun itulah tempatnya jika isterinya adalah tergolong dalam golongan ahli neraka.

Oleh itu, kepada sahabat2 ku, kupohon dan ku seru kepadamu, agar sama2 kita melakukan kebaikan. Jangan biarkan pemimpin kita turut terseksa menanggung dosa yang kita lakukan walhal ia tidak melakukannya. Kasihanilah mereka, sedangkan dosa sendiri juga tidak mampu di tanggung, inikan pula dosa orang yang dipimpin.

Moga kita semua muhasabah diri kita demi kebaikan semua pihak kerana memimpin itu bukan mudah..



Tuesday, May 17, 2011

Rahmat Ujian


Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan

Munsyid : Mestica

http://liriknasyid.com
by
http://menumpangkasihmengharapredha-nya.blogspot.com/
17.05.2011 (6.20pm)


Dalam derita ada bahagia 

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu




Monday, May 16, 2011

Aku Jua Punya Bicara

Aku Jua Punya Bicara
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
17 Mei 2011 (4.00am)

Hari ini (16.5.11) bermula la kursus pengurusan jenazah yang telah menyebabkan aku masih lagi berada dipoli, meneruskan perjuangan yang semakin getir, yang semakin luas dan semakin menguji kekuatan rohani dan fizikal. Awal pagi lagi aku telah bersiap. Kerana hari ini program bermula jam 8.30 pg. Seorang pejuang muslim perlu sentiasa menepati dan menghargai masa, InsyaAllah.

Tetapi sayang, setiba kami di dewan yang ditetapkan, pensyarah (En. Aliuddin) yang menguruskan program ini memberitahu bahawa ceramah hari ini terpaksa di batalkan kerana ustaz yang akan menyampaikan ceramah itu ada urusan yang lebih penting, xpa, faham juga. En Aliudin mengambil alih tempat ustaz tersebut. Dia membuat perbincangan santai, tentang sebuah kehidupan ini. Macam2 tips yang kami dapat. Terutama dari segi pengurusan hidup ini. Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu dengan izin-Nya.

Namun, sesekali ketika en. Aliuddin berbual dengan kami, fikiran ku sesekali melayang jauh. Banyak benda yang nak difikirkan, lagipun hati ini gelisah sebenarnya menanti kerana keputusan peperiksaan akan di keluarkan pada hari ini. Sesekali hati ini berkata, aku akan lulus dengan baik tetapi sesekali jua hatiku merasa keresahan yang nyata. Ya Allah, tenangkanlah hati hamba-Mu ini.

Saturday, May 14, 2011

Cinta Itu Suci

Cinta itu Suci
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
15 Mei 2011 (5.40pm)

Buatmu Jundullah,
Ketahuilah cinta itu suci,
dan
ia juga menyucikan,
sesuatu yang mungkin pernah dikotori.

Buatmu jundullah,
Cinta itu suci,
Cinta itu fitrah,
Jangan sekali kau kotori,
kerana cinta itu datangnya dari Allah.

Buatmu Jundullah,
Cinta itu suci,
Datang daripada Sang Khaliq,
Tumbuh di satu sudut hati,
Setelah melihat sesuatu yang indah.

Buatmu Jundullah,
Cinta itu suci,
Cinta itu indah,
Cinta itu tidak perlu bermadah,
Kerana cinta Illahi takkan membuat kita gundah.

Buatmu jundullah,
Cinta Illahi itu suci,
Hadirnya sebuah janji.

Buatmu jundullah,
Pada cinta manusia itu,
Kadang2 suci kadang2 dipenuhi debu,
Bila ia hadir menduduki dalam hati,
DI LAYAN JANGAN, DI LAWAN PUN JANGAN,
takut nanti kau menyerah kalah.

Buatmu jundullah,
trimalah cinta suci itu,
dengan berlapang dada,
bukan bermakna ku menyuruhmu bercinta,
tetapi pilihlah yang halal buatmu.

Buatmu Jundullah,
Fitrah cinta,
Semakin kau layan semakin dia melayan,
Semakin kuat kau lawan,makin hebat dia melawan,
hargailah cinta yang Allah beri,
Namun kau perlu ingat,
MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA..








Santapan minda dan rasa buat mereka yang sedang ataupun yang mahu menghampiri cinta manusia.




Disaat Hati Berbicara

Disaat Hati Berbicara
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
15.Mei.2011 (01.20 am)

Alhamdulillah, setelah hampir satu bulan aku menghilang mencari jalan akhirnya aku bertemu semula dengan blog ku ini. Rindu menerpa setelah sekian lama menyepikan diri. Tapi kali ini biarkan saja rindu itu bersembunyi di dalam hati, kerana semakin lama disimpan semakin manis di rasa. (Ya ke?? apa aku mengarut ni?)

Hari ini aku cuma nak tanya, adakah anda sayang dengan sahabat2 anda?

YA.

Tapi bagaimana jika sahabat itu tidak menyayangi anda?

Tidak mengapa. Resam kehidupan, tidak semua pokok akan berbunga walau telah di baja dan di jaga dengan baik.


Pertama kali bertemu dengan seseorang, aku akan meletakkan nilai kepercayaan yang tinggi pada mereka. Kemudian selepas itu terserah pada mereka untuk menambah peratus kepercayaan itu ataupun mahu mengurangkannya.

Kenapa kita dipercayai? Kerana sifat yang ada pada diri kita.
Tapi andai kata satu masa kepercayaan itu dikhianati?

Dikhianati??? Satu perasaan yang amat menyakitkan. Lebih sakit daripada jatuh tangga atau jatuh mana-mana bangunan. Orang yang dikhianati pasti merasa kecewa yang teramat sangat, hingga mungkin pada suatu masa dia menitiskan air mata walhal bibirnya tersenyum gembira. Kadang2 dia menangis sedangkan kita ketawa berdekah-dekah. Adilkah??

Apa anda rasa bila anda tahu sahabat kita melakukan salah, dan apabila kita tanyakan tentang hal itu padanya dia katakan dia tidak melakukannya?apa anda rasa?kecewa atau gembira?Apa anda rasa apabila sahabat anda tidak berlaku jujur terhadap anda sedangkan anda tahu dia membohongi anda?kecewa atau gembira?Apa anda rasa apabila pembohongan demi pembohongan dilakukan terhadap anda? Apa anda rasa apabila pengkhianatan demi pengkhianatan ditujukan kepada anda?

Apa akan jadi apabila kecewa dicampur dengan kecewa, kemudian ditambah lagi dengan kecewa dan di darab lagi dengan kekecewaan dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi..Entah berapa juta kecewa yang akan anda rasai. Apa rasanya?

Aku menulis bukan semata2 untuk memberitahu tentang kekecewaan itu, tetapi aku ingin mengajak sahabat2 dan pembaca2 sekalian agar mengubah sikap kita. Bukan kerana penulis, sahabat, mahupun orang disekeliling tetapi kerana Allah.

Aku bukan ingin menyatakan aku sempurna, semua tahu lumrah manusia sentiasa ada kelemahan tetapi TIDAK BOLEHKAH KITA BERUSAHA UNTUK MENJADI SEMPURNA? Jujur aku katakan, aku kecewa dengan sikap tidak endah manusia zaman sekarang terhadap sebuah kehidupan. Tidakkah kita ingat setiap yang kita lakukan d dunia ini akan dinilai dan di balas di akhirat kelak. Lalu di manakah pemikiran itu?


Renung2kan, fikir2kan dan selamat membuat perubahan..:)