Salam

tinta

Wednesday, May 18, 2011

Ia Bukan Mudah

Ia Bukan Mudah
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
18 Mei 2011 (11.07pm)

Bila kita renung kembali, kita imbas apa yang sering terjadi sejak akhir-akhir zaman ini, mungkin ada yang perasan dengan trend dunia masa kini. Zaman ini, manusia mengejar pangkat, bahkan kadang2 ia menjadi matlamat utama dalam melakukan sesuatu kerja. Bukan kerana mengejar redha Allah. Kita tengok sendiri kebanyakan manusia berebut-rebut untuk memegang tampuk pemerintahan tidak kiralah dari sekecil-kecil kuasa hingga yang terbesar.

Aku jua pernah menjadi ketua. Bahkan sekarang jua masih sedang memikul tanggungjawab itu. Aku bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi ada sesuatu yang ingin ku kongsikan tidak kiralah kepada teman seperjuangan, adik2, anak2 buah atau sesiapa sahaja yang berkenaan. Hanya sekadar perkongsian.

Untuk memegang atau mengetuai sesuatu organisasi mahupun kumpulan kecil ia bukanlah semudah yang kita sangka. Beban yang dirasa memikul satu amanah itu amat berat bahkan terlalu berat. Pincang pemimpin, maka pincanglah keseluruhannya. Baik pemimpin maka baiklah jua kesudahannya. Jika pemimpin makan rasuah, apatah lagi rakyat bawahan. Semua bermula daripada pemimpin.

Dosa yang dilakukan oleh rakyat, maka 'saham'nya juga akan di tanggung oleh pemimpin. Semakin besar dosa yang dilakukan oleh rakyat, maka semakin banyaklah 'syer saham' yang akan diterima oleh pemimpin. Contohnya jika rakyat menerima dosa kerana menipu sesama mereka, pemimpin juga akan menerima dosa itu kerana itu adalah pimpinannya. 

"Semua kamu adalah gembala, dan setiap gembala itu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya" 

Sedangkan seorang isteri boleh masuk ke dalam syurga walaupun suaminya tergolong dalam ahli neraka, tetapi seorang suami tidak boleh masuk ke dalam syurga walaupun itulah tempatnya jika isterinya adalah tergolong dalam golongan ahli neraka.

Oleh itu, kepada sahabat2 ku, kupohon dan ku seru kepadamu, agar sama2 kita melakukan kebaikan. Jangan biarkan pemimpin kita turut terseksa menanggung dosa yang kita lakukan walhal ia tidak melakukannya. Kasihanilah mereka, sedangkan dosa sendiri juga tidak mampu di tanggung, inikan pula dosa orang yang dipimpin.

Moga kita semua muhasabah diri kita demi kebaikan semua pihak kerana memimpin itu bukan mudah..



No comments:

Post a Comment