Betulkan Aku Jika Aku Salah
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
19 Mei 2011 (1.18am)
Couple????????
Apakah maksud couple yang sebenarnya ya??? Ada sesiapa yang boleh beritahu aku dengan tepat?? Kalau ada yang tahu beritahulah aku agar aku tahu, boleh juga kita share...
Bagi aku, couple itu satu hubungan hati. Betulkah?? Kalau salah betulkan aku. Hubungan hati antara dua insan yang berlainan jenis iaitu antara lelaki dan perempuan. Betulkan?
Orang yang bercouple bermula daripada pandang pertama. Kerana mata yang memandang, hati merasa kesengsaraannya. Kerana mata yang melihat, hati yang menanggung deritanya (kerana itu Allah suruh jaga pandangan kita).
Mari, aku terangkan bagaimana couple itu bermula. Tapi ini aku agak ja ya, tak tahu sangat sebenarnya pasal couple ni.
Bermula apabila A (lelaki) terserempak, terlihat atau bertemu dengan S (perempuan) buat pertama kalinya. Lumrah manusia, cepat tertarik pada sesuatu yang cantik, handsome atau indah ciptaannya, segalanya bermula dari mata. Pertemuan pertama mula terdetik di hatinya, "Cantiknya dia." atau "Handsomenya dia." Pertemuan pertama menagih pada pertemuan yang kesekian kalinya.
Pertemuan seterusnya mula berkenalan. Nombor telefon sampai 'ke lubang cacing' dicari. Mula la, hidung tak mancung, pipi tersorong2. Sering kali bertemu, konon atas alasan urusan kerja (kesian kerja, seringkali dia saja menjadi alasan). Perghhh..ya la tu.
Bila dah dapat, mula la, berkontek, tak sedar hari dah subuh. 24 jam sms, 24 jam ‘bergayut’. Nasib baik Allah ciptakan setiap hari ada 24 jam ja, kalau 30 jam, dah tentu habis 30 jam tu dengan melayan buah hati saja.
Mula2, kol je, sms je, taknak jumpa, takut fitnah konon. Tapi bila kredit habis, xda duit da nak top up mula la ajak jumpa. Mula2 sembunyi2, lama-lama…..nah, habis satu Bandar tahu. Jalan prgi tgk wayang la, prgi shopping la, beli itulah, beli inilah, macam2 la, yang teruk tu, da macam suami isteri. Dorang tak sedar, sebenarnya dorang bukan berdua tetapi bertiga. Tahu yang ketiga tu siapa?musuh manusia la, syaitan.
Mula2, jalan jauh2, malu konon. B’ckp pun teriak tp bila da ada yang ketiga tu, mula la, mkin dekat. Mula lah pegang2 tangan. Bila dah boring pegang tangan mula lah, yang lain pula di buatnya.Na’uzubillah..Tak percaya??kamu tengok senario remaja zaman sekarang. Memang begitu. Tak percaya juga? Buka mata kamu dan perhatikan sekeliling kamu, pasti kamu akan nampak (tu pun kalau x buta). Pas tu, bila da perut makin ‘sihat’ lahirlah bayi yang tidak berdosa. Kadang2 (bahkan sudah menjadi rutin) oleh kerana malu, bayi itu di buang merata. Ai..tau pula malu. Time buat tu tak tahu pula fikir malu. Tu la, suka sangat kerana matlamat habis semua cara dihalalkan.
Itu kalau begitu keadaannya. Tapi pasti ada orang yang tidak setuju dengan pendapat saya ini. Lantak kamu lah, setuju atau tidak. Yang penting apa yang aku fikir ni betul.
Mungkin ada juga yang akan kata, “Ala..tu dorang. Kami tak buat begitu. Kami kontek2 ja, jumpa pun tidak. Ya la, sy di sabah, dia d semenanjung. Mana boleh jumpa kan. Jadi kami tak buat maksiat, xda dosa, x salah pun.”
X salah apa ke mendanya. Orang begini adalah orang yang tidak faham konsep. Sekali lagi, TIDAK FAHAM KONSEP. Tak berdosa konon, jadi yang kau buat maksiat ati tu apa.
Tak kiralah, panggil ustazah kah, ustaz kah, puan kah, tuan kah,(konon panggil abang sayang tu dosa) tapi yang main problemnya adalah hati tu. Panggilan tu bukan segalanya. Kalau hati tu ada connection dengan sidia, samala la juga mksudnya dengan bercouple. Kan konsep couple tu, connection antara 2 hati, lelaki dan perempuan. Faham??Walaupun hakikatnya jasad tidak berjumpa, tetapi hati dan fikiran itu tetap ‘berjumpa’.
Anda tidak setuju dengan pndpt ini?? Bila anda tidak setuju, mknanya anda tergolong dalam golongan ini. Na’uzubillah. Kejap, jangan marah dulu mari kita kaji kenapa??kerana, ini adalah hakikatnya. Orang yang melakukan salah takkan pernah tahu bahawa dia bersalah sehingga ada orang lain memeberitahunya, tetapi kadang2 walaupun ada orang memberitahu dan menegurnya dia tetap tidak sedar akan kesilapannya kerana sikapnya yang menganggap dirinya sentiasa betul.
Oleh sebab itu, ku katakan tadi, betulkan aku bila aku salah kerana aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang sentiasa merasakan dirinya betul.
Kepada sahabat2 sekalian yang disayangi kerana Allah, marilah kita muhasabah diri kita agar kita tidak tergolong dalam golongan hamba-Nya yang hidup bergelumang dengan dosa. Kadang2 silap kita, bila kita tidak boleh menerima teguran orang lain kerana dosa yang kita lakukan menyebabkan hati kita susah untuk mendapat petunjuk dari Allah. Jangan kerana dosa itu, Allah tutup pintu hidayah untuk kita. Na’uzubillah. Janganlah diturutkan nafsu remaja itu, takut kelak ia membinasakan diri sendiri.
Jangan marah dulu pada saya, fikirkan dulu apa yang saya katakan ini dengan semasak2nya. Kalau betul saya salah, maka beritahulah saya, agar saya dapat mengubahnya.
Akhir kata:
“Wahai sahabat-sahabatku, janganlah engkau kotori jiwamu dengan perkara yang boleh mengotorkannya dan janganlah engkau biarkan dirimu hidup dalam gelap setelah Allah memberimu cahaya yang cerah.”
Kemaafan di pohon atas kekurangan, kekhilafan dan kelancangan dalam berkata-kata. Moga perjuangan ini diredhai oleh Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment