Kenapa Kepercayaan Hilang???
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
21.March.2011 (6.09 pm)
Kenapa kepercayaan hilang? Bagaimana dia hilang? Siapakah yang menyebabkan kepercayaan itu hilang? Apa kesannya jika kepercayaan telah hilang?
Jika anda bertemu buat pertama kalinya dengan seseorang adakah anda terus mempercayainya? Tidak!! Pertama sekali pasti anda akan berusaha untuk mengenalinya dahulu. Tidak mungkin kepercayaan itu diserahkan sebulatnya kepadanya.
Ada orang apabila mengenali seseorang dia akan memberi markah kepercayaan yang sama kepada semua orang. dan terserah kepada orang itu untuk menggunakan kepercayaan itu bagaimana.
Ada orang apabila mengenali seseorang dia akan memberi markah kepercayaan yang sama kepada semua orang. dan terserah kepada orang itu untuk menggunakan kepercayaan itu bagaimana.
Saya akan cuba untuk mengupas sedikit demi sedikit tentang persoalan diatas mengikut kemampuan saya. Kerana saya juga adalah hamba yang lemah, yang terbatas kemampuannya.
Kenapa dan bagaimana kepercayaan hilang??
Pada pendapat anda kenapa? Mungkin anda ada jawapan yang tersendiri dan ini jawapan saya. Kepercayaan hilang adalah kerana kepercayaan itu tidak diberi. Sebagai contoh, jika anda memberi sesuatu kepada orang lain, pasti anda mengharap balasan sekurang-kurangnya ucapan terima kasih sebagai satu penghargaan terhadap apa yang telah anda beri. Begitu juga dengan kepercayaan. Bila mana seseorang telah memberi kepercayaan pada kita, kita kena membalas kepercayaan itu dengan membalas semula kepercayaan yang diberi itu. Kerana kita perlu saling mempercayai untuk memiliki sesuatu perhubungan tidak kiralah persahabatan, percintaan, kekeluargaan atau apa jua perhubungan.
Bila mana kita telah mendapat kepercayaan itu, tetapi kita tidak menghargainya, pasti lama kelamaan kepercayaan itu akan hilang kerana perasaan orang yang memberi kepercayaan itu kita tidak hargai. Oleh sebab itu hilanglah sudah kepercayaan yang telah diberi. Dan disana ternyata, kita telah menghampakan dan menghancurkan sebuah kepercayaan.
Kadang-kadang, kita berusaha untuk menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan sahabat kita. Kita gembira bila kita yakin dia tidak mengetahui apa yang telah kita lakukan di belakangnya. Bila kita tengok dia pun, sepertinya dia tidak tahu apa yang telah terjadi. Tanpa sedar rupanya dia telah menghidu perbuatan kita. Tanpa kita sedari, kita telah mengecewakan sahabat kita. Betapa kecewanya dia terhadap kita. Remuk hatinya. Hancur kepercayaannya. Hilang rasa hormatnya pada kita. Ingatlah, itulah racun paling berbisa kerana disitu jelas dan nyata kita tidak mempercayai sahabat kita sendiri. Bukankah lebih baik jika kita jujur? Bukankah lebih indah jika kita beri padanya sebuah kepercayaan.? Bukankah lebih harmoni keadaan jika kita berterus terang? Tidaklah kita menyeksa hati dan perasaannya.
Sahabat, kau tahu apa kesannya perbuatan itu? Dia akan hilang kepercayaan padamu. Dia akan menjadi sukar untuk mendengar kata-katamu.? Nasihatmu? pasti takkan diendahkannya..
Sepertimana kita membuat sebuah jambatan. Pasti kita membuatnya untuk kita lalui dan digunakan, kan? Cuba kita bayangkan jambatan itu tidak digunakan pun, bahkan terbiar sepi dan usang hingga ia roboh sendiri. Tidakkah usaha kita itu hanya menjadi sia-sia? Begitulah juga dalam perhubungan, kita telah beri yang terbaik untuk sahabat kita, kita beri dia kepercayaan, kejujuran, kekuatan, tetapi semua itu tidak dihargai. Sia-sia saja jadinya.
Kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini terutamanya bagi saya yang menulis blog ini, janganlah sesekali kita buat kepercayaan orang lain hilang. Sekali ia hilang, selamanya kau akan sukar untuk mendapatnya semula. Kerana kepercayaan ini lebih bernilai dari wang yang kau cari. Kerana kepercayaan yang dicalar, rosaklah sebuah hubungan.
Kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini terutamanya bagi saya yang menulis blog ini, janganlah sesekali kita buat kepercayaan orang lain hilang. Sekali ia hilang, selamanya kau akan sukar untuk mendapatnya semula. Kerana kepercayaan ini lebih bernilai dari wang yang kau cari. Kerana kepercayaan yang dicalar, rosaklah sebuah hubungan.
No comments:
Post a Comment