Perjalanan Ku
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
13.mac.2011 (5.20pm)
Beberapa hari yang berlalu ini, terlalu panjang perjalanan yang ku lalui. Walau mungkin perjalanan itu panjang dan memenatkan, namun aku bertemu satu kepuasan dan kesyukuran. Kelelahan itu menggamit sebuah ketenangan dalam diriku.
Bermula pada hari khamis lalu, iaitu pada 10 MAC 2011, aku bersama beberapa orang teman seperjuanganku (Bibi, Riziah & Zirah) mengambil keputusan untuk pergi ke sekolah lama kami iaitu sekolah menengah kami dulu di Kimanis. Pada awalnya, kami merancang untuk turun seawal 6.00 pg kerana kami mau naik kereta api ke S.M.K.A Limauan Kimanis. Maklumlah, kereta api itu hanya beroperasi 2 kali sahaja dari Kota Kinabalu, satu sebelah pagi dan satu sebelah petang. Best juga kan naik kereta api, dah lama tak naik.
Namun, sebaik manapun kita merancang, Allah jualah yang menentukan. Maha Suci Allah yang Maha Penyayang, Dia menghantar ibu salah seorang temanku (ibu Zirah) untuk menghantar kami ke Limauan. Maha Suci Allah. Allah Maha Besar. Terima kasih ya Allah. Walaupun sememangnya kami mahu pergi dengan menaiki kereta api kerana rindu tapi tak apa, sekurang-kurang kami akan terselamat daripada pulang lambat ke Politeknik. Yang penting adalah tujuan kami saat itu. Eh..lupa pula bgtau, kami mau p Limauan untuk ambil Sijil SPM. Maklumlah, nak isi UPU kn..
Maka pada hari Khamis ini bermulalah perjalanan kami seawal jam 9.00 pagi. Kami perlu naik bas ke Kota Kinabalu, kemudian ambil bas lagi pergi ke Sabindo dan pergi kerumah temanku. Dari situ ibu dia yang akan hantar kami ke Limauan. Namun bukan semua itu yang aku mahu cerita sebenarnya tapi yang paling utama ialah apa yang ku dapat ketika kami naik bas ke KK.
Ketika itu, aku duduk di dalam bas bersama salah seorang temanku. Dua orang temanku lagi duduk di barisan depan. Kami terpisah tapi masih dalam bas yang sama. Ketika itu aku duduk di barisan kedua dari belakang bas. Ramai juga teman-teman seperjuangan di Poli ketika itu yang naik dalam bas yang sama.
Setelah menunggu agak lama, pemandu itu meneruskan perjalanan. Sambil berbual-bual dengan temanku, aku banyak memerhati gelagat para penumpang. Mataku terpana ketika bas itu berhenti di sebuah tempat untuk mengambil penumpang. Naiklah seorang ibu bersama seorang bayi yang masih kecil. Mungkin umur bayi itu lebih kurang sebulan lebih. Aku teringat akan kakakku dan anak buahku yang baru berumur sebulan 15 hari.
Bas itu sudah penuh tempat duduknya dan telah ramai juga penumpang yang berdiri. Kesian mak cik tu. Terpaksa berdiri. Aku nak bagi tempatku, tapi ketika itu ruang yang ada di dalam bas itu terlalu sempit untuk aku dan makcik itu bergerak, hinggakan makcik itu terpaksa berdiri dekat dengan pintu. Ya Allah, kesiannya. Apa aku mau buat ni? Tiba-tiba seorang teman seperjuanganku di Poli berdiri. Aku tidak begitu mengenali gadis itu tetapi aku mengenali mukanya kerana aku pernah juga terserempak dengannya ketika berada di Poli.
Aku terpegun seketika. Mataku terasa panas. Ada cecair yang mengalir kerana begitu terharu. Hatiku tersentuh. Tidak putus ku panjatkan syukur ke hadrat Allah. Gadis berdiri dan memberi ruang untuk makcik itu duduk. Makcik itu tersenyum gembira. Gadis itu pula tersenyum gembira kerana puas ati dapat membantu makcik itu.
Alhamdulillah. Rupanya masih ada lagi manusia yang berhati perut di dunia ini. Aku fikir, dunia ini telah ketandusan manusia yang berhati mulia. Ya Allah, terlalu besar nikmat-Mu ini. Moga Kau membalas kebaikan gadis itu Ya Allah. Moga Kau jadikan bayi yang masih kecil itu sebagai salah seorang pendukung kuat agama-Mu ya Allah. Kau terimalah kami sebagai hamba-Mu yang beriman Ya Allah. Kau tempatkanlah kami di syurga-Mu ya Allah bersama orang-orang yang solih.
Oleh itu kepada pihak yang terlibat, YB2, Menteri2, dan sesiapa sahaja yang berkenaan dan merasakan dirinya terlibat perlulah mengambil serius dalam hal ini. Sesekali tinggalkanlah kereta mewah itu, dan naiklah bas-bas awam seperti kami. Rasailah apa yang kami rasai. Ketahuilah perasaan susahnya kami untuk berhimpit dalam bas itu. Jika kalian pemimpin yang baik, kalian akan turut merasai susahnya, pasti kalian akan membantu menyelesaikan masalah ini. RASAILAH!!!! Turunlah dari kereta mewah itu, keluarlah dari pejabat yang hanya tempat kalian minum kopi, berjalanlah seiring dengan rakyat, pasti kalian mendapat redha Allah.
Janganlah asyik nak duduk dalam penghawa dingin sahaja, tanpa setitis peluhpun yang menitis sedangkan ketika itu titisan peluh rakyat telah membanjiri bumi. Janganlah asyik makan duit rakyat, sedangkan sepatutnya duit itu digunakan semula untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi pemimpin. Sekiranya kalian tahu perasaan kami yang kian membengkak di dada kerana sebalnya kami dengan pemimpin yang sebegini, pasti kalian akan bertindak untuk menghapuskan perasaan sebal itu. Ingatlah tanpa kami siapalah kalian dan tanpa kalian kami boleh memilih pemimpin yang lebih sayangkan kami. Kalian kena ingat, kami juga aset yang banyak membantu menbangunkan negara.
JANGAN BIAR RAKYAT BANGUN UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN..!!
Contohilah kepimpinan Rasulullah. Belajarlah tentang sifat seorang pemimpin. Lihatlah cara kepimpinan yang di bawa oleh Umar bin Abdul Aziz, seorang pemimpin yang gah, hinggakan pada zaman pemerintahannya tiada seorang pun rakyat yang menerima zakat kerana semua rakyat pada ketika itu berkemampuan, hidup dalam keadaan senang TETAPI TAK PERNAH MELUPAKAN ALLAH!!.
TAKBIIIRRRR..!!!!! ALLAHU AKHBAR..!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment