Untukmu Sahabatku
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
22.march.2011 (01.22 am)
Buatmu sahabatku,
Ku lakar sebuah kenangan,
Diatas layar putih kehidupan,
Dalam kanvas sebuah perjuangan,
Yang menuntut pengorbanan.
Sahabatku,
Bagai baru kelmarin,
Aku bangun dari lenaku,
Allah menghantar satu nama dalam benakku,
Nama yang cukup indah,
Nama yang penuh maruah,
Aku tersenyum mengenang nama itu,
Kerana nama itu adalah milikmu.
Sahabatku,
Bagai baru kelmarin
kita mengorak langkah yang sama,
Kita berdiri serentak,
Dengan lafaz basmallah,
Kita menghayun langkah kanan,
Berjalan seiringan.
Sahabatku,
Bagai baru kelmarin,
Aku menatap wajah mulusmu,
Kau tersenyum padaku,
Mengubat sejuta luka dihatiku,
Mengubat barah di dada.
Sahabatku,
Bagai baru kelmarin,
Kau pimpin tanganku,
Kau bawaku ke dunia realiti,
Kau tunjuk padaku sebiji bintang,
Yang paling terang sinarnya,
Kau kata itu sebagai tanda persahabatan kita.
Sahabatku,
Bagai baru kelmarin,
Aku dengar gelak tawamu,
Menghias indah duniaku.
Sahabatku,
Tetapi kenapa??
Hari ini, bukan kelmarin, di dunia yang nyata,
Aku merasa sunyi,
Aku merasa kekosongan,
Aku merasa kehilangan,
Aku merasa kegelapan,
Aku mencari...
mencari..
mencari.
mencari.
dan terus mencari,
Apakah puncanya.
Sahabatku,
Dalam kegelapan malam,
Kucari tangan halus milikmu,
Kuraba wajah mulusmu,
Namun aku tidak bertemu dirimu,
Apa yang ku dapat,
Hanya pasir yang melata di tangan.
Sahabatku,
Aku musykil,
Benakku sarat dengan seribu satu pertanyaan yang menagih jawapan,
Semakin perlahan jua di saat itu,
Aku merasa bintang yang paling terang sinarnya,
Mula berubah warna,
Semakin lama semakin suram
dan akhirnya ia malap sendiri.
Sahabatku,
apa yang ku harap ketika ini,
Tanganku di sambut kembali,
Kerana bukan hanya aku yang memerlukanmu,
Tetapi juga dunia ini..
Sahabatku,
Walaupun dunia ini tidak menjanjikan kesenangan,
Tetapi akhirat itu menjanjikan kebahagiaan.
Sahabatku,
Bukalah mata hatimu bukan hanya mata kasarmu,
Andai kau telah terjaga,
Datanglah semula padaku,
Dan berjalanlah seiring denganku,
Walaupun pada saat itu,
Dunia telah menjadi sepi.
Sahabatku,
Aku tetap disini,
Dijalan yang telah kita pilih bersama,
Sedang menantimu,
Walau kau menolakku,
dan akan terus menanti,
Menanti biar ia tidak pasti,
tetapi ku tahu,
Kau pasti akan melangkah ke sisi..
No comments:
Post a Comment