Janji Tertunai @ Janji Terkulai?
By
Muslimah_hana90@yahoo.com
@
21.March.2011 (5.51 pm)
Seringkali kita mendengar orang melafazkan janji. Janji pemimpin kepada rakyat, janji ibu bapa kepada anak, janji sahabat kepada sahabat, janji seorang kekasih kepada kekasih, janji seorang abang/kakak kepada adik dan bermacam-macam jenis janji yang dapat kita dengar sepanjang melalui sebuah kehidupan ini.
Mengapa seseorang itu berjanji?
Kerana untuk mengikat hati orang yang dijanjikan kepada hati orang yang sedang berjanji. Sebagai contoh janji yang sering kita dengar:
“Jika saya terpilih sebagai pemimpin kamu, saya akan naik tarafkan pembangunan di kawasan ini.”
“Kita jumpa nanti jam dua.”
“Kalau adik dapat nombor satu, abah belikan adik basikal.”
Terlalu banyak janji yang ditabur, hinggakan sampai satu tahap sudah tiada tempat lagi untuk menabur janji itu. Seringkali bila ada janji terlafaz, jawapan yang sering di dengar adalah ‘insyaAllah’. Tahukah kita, bila lafaz itu terungkap, kita perlu mengusahakan janji itu agar tertunai. InsyaAllah itu akan ditagih kelak. InsyaAllah itu yang akan menarik kita ke neraka atau ke syurga. Jika melafazkan insyaAllah, seboleh-bolehnya, kita berusaha sedaya upaya, separuh mati untuk menunaikan janji itu kerana kita telah berjanji dengan nama Allah.
Firman Allah S.W.T :
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Surah As-Shaf: ayat 2-3.

Mahukah kita mendapat murka Allah hanya kerana janji yang kita pandang remeh? Tahukah kita gelaran bagi orang yang melanggar janji?
Rasulullah bersabda:
"Tanda-tanda munafik itu empat: Apabila berkata ia dusta, jika ia berjanji tidak menepatinya, apabila bertengkar ia berlaku curang dan apabila diberi amanah dia berkhianat".
Bila janji yang sering dilafaz tidak ditunaikan, tanpa kita sedar, sebenarnya janji itu telah memakan hati orang yang telah kita berjanji. Secara tidak sedar kita telah membunuh kepercayannnya terhadap kita. Sebagai contoh sering kali kita berjanji kepada sahabat kita, tetapi seringkali jua kita mungkiri. Jika anda di tempatnya, apa yang anda akan rasa?
Kepercayaan itu lama kelamaan akan hancur. Keyakinan itu lama kelamaan akan hilang. Kekuatan pada sebuah ikatan itu lama kelamaan akan pudar. Cahaya sebuah perhubungan yang jelas kelihatan pada awalnya akan menjadi sirna. Pelangi cerah dalam perhubungan bertukar menjadi gelap gelita. Hilanglah sebuah kepercayaan.
Bila kepercayaan yang telah diikat pada kita hancur, apa akan terjadi? Ingatlah, kepercayaan itu satu penghargaan buat kita. Bila mana kita mendapat sebuah penghargaan, sepatutnya kita merasa bertuah kerana bukan mudah untuk memiliki kepercayaan orang lain. Ingatlah, bila kepercayaan yang terbina dalam sekelip mata hancur, ia perlukan masa yang lama untuk mendapatkannya semula dan mungkin jua ia perlukan masa seumur hidup. Ia tidak mudah.
Seperti yang pernah sahabat saya katakan pada saya, “kepercayaan itu ibarat sekuntum bunga, bila rosak ia boleh di gubah semula tapi ia takkan sama seperti gubahan pertama.” Jadi segalanya terserah pada kita untuk membuat janji yang tertunai atau janji yang terkulai. Pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air, terserah kita untuk menghalanya kemana yang kita mahu. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.
Dari pena penulis : kepada sesiapa yang berada di luar sana yang membaca entri ini ataupun tidak, jika saya ada berjanji pada anda, dan saya masih belum menunaikannya, beritahulah saya agar saya berusaha untuk menunaikannya. Andai kata ada janji yang saya terlupa, luahkanlah, katakanlah dan ingatkanlah saya tentang janji itu. Saya tidak mahu tergolong dalam golongan munafik dan tidak mahu tergolong dalam golongan yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikan. Saya pohon keikhlasan daripada semua, mohon maaf atas segalanya.

No comments:
Post a Comment