Salam

tinta

Monday, May 16, 2011

Aku Jua Punya Bicara

Aku Jua Punya Bicara
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
17 Mei 2011 (4.00am)

Hari ini (16.5.11) bermula la kursus pengurusan jenazah yang telah menyebabkan aku masih lagi berada dipoli, meneruskan perjuangan yang semakin getir, yang semakin luas dan semakin menguji kekuatan rohani dan fizikal. Awal pagi lagi aku telah bersiap. Kerana hari ini program bermula jam 8.30 pg. Seorang pejuang muslim perlu sentiasa menepati dan menghargai masa, InsyaAllah.

Tetapi sayang, setiba kami di dewan yang ditetapkan, pensyarah (En. Aliuddin) yang menguruskan program ini memberitahu bahawa ceramah hari ini terpaksa di batalkan kerana ustaz yang akan menyampaikan ceramah itu ada urusan yang lebih penting, xpa, faham juga. En Aliudin mengambil alih tempat ustaz tersebut. Dia membuat perbincangan santai, tentang sebuah kehidupan ini. Macam2 tips yang kami dapat. Terutama dari segi pengurusan hidup ini. Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu dengan izin-Nya.

Namun, sesekali ketika en. Aliuddin berbual dengan kami, fikiran ku sesekali melayang jauh. Banyak benda yang nak difikirkan, lagipun hati ini gelisah sebenarnya menanti kerana keputusan peperiksaan akan di keluarkan pada hari ini. Sesekali hati ini berkata, aku akan lulus dengan baik tetapi sesekali jua hatiku merasa keresahan yang nyata. Ya Allah, tenangkanlah hati hamba-Mu ini.

Kami selesai dalam kira2 jam 11.30 lbih. Resah kian menebal. Tapi ku sembunyikan resah itu, kerana akau tidak mahu orang lain tahu tentang perasaanku. Bukan kerana ego, tapi aku percaya bahawa, disaat kita bersedih, pasti ada sahabat kita yang juga turut bersedih kerana melihat kita bersedih. Aku tidak mahu kerana aku, suasana gembira hari ini bertukar rupa. Ku sembunyikan resah dan ku tampakkan kegembiraan yang mungkin hanya satu kepura-puraan tetapi aku ikhlas. Biar resah itu bersembunyi di dada.

Selesai saja, kami seramai 8 orang terus pergi ke salut, membeli makanan untuk alas perut tengah hari ini. Fuhh..belanja makan saja mencecah 40 lbih ringgit. Mahalnya.. Tetapi apa boleh buat, terpaksa terima, bukan restoran kita kan..hehehe..

Balik saja ke poli, terus balik ke bilik, waktu zohor baru sahaja masuk. Debarannya kian terasa, tetapi aku mahu solat dulu walaupun hatiku meronta. Moga Allah berikan aku ketenangan. Selesai solat aku mengambil Kitab Allah lalu ku belek. Ku buka m/s 531, surah Ar-Rahman. Surah yang selalu ku baca ketika aku dalam keresahan, kesedihan, kegelisahan dan dalam keadaan mencari ketenangan. Ku baca ayat demi ayat. Ku harap redha-Mu ya Allah.

"Maka nikmat tuhan-Mu yang manakah yang engkau dustakan?". Ayat ini membuat aku banyak berfikir. Ayat inilah jua yang mengajar aku berfikir dan bertindak untuk redha atas setiap ujian yang datang. Kerana nikmat Allah yang tidak terkira keatas hamba-Nya itu tidak mungkin mampu di bayar. Oleh sebab itu kenapa pula kita tidak boleh redha dengan setiap pemberian Allah walaupun kita di uji dengan kesakitan yang teramat?

Bila mana kita tidak redha dengan Allah, maka belajar lah untuk redha. Bila kita tidak juga redha, maka berusahalah untuk redha. Dan bila kita tidak juga redha, maka PAKSAlah diri kita untuk redha.

Seusai itu, dengan lafaz bismillah aku menyemak keputusan ku d internet dengan labtop sahabatku. Degupan jantung kian deras. Ya Allah. berulang kali ku mohon padaNya, agar keputusan yang ku terima adalah yang terbaik buatku. Aku mohon agar apapun keputusan yang kuterima aku akan redha. Alhamdulillah, aku bertemu hikmah dan kebaikan di sebalik keputusanku. Aku tersenyum dan terus tersenyum..(^.^)

Petang itu, sedang aku bermain satu permainan, "betul, betul, betul", telefonku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku buka mesej itu dengan senyuman,

"Dalam kita melangkah, terkadang diuji oleh beban yang terasa berat hingga kita terduduk menangis. Tapi bila di renung dalam diri, mungkin Allah mahu jahit kembali, sejadah iman yang tercalar, lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan. Allah sentiasa rindu mendengar tangisan hambanya. Semoga sentiasa diiringi sabar dan istiqomah."

Terima kasih kak, insyaAllah diri ini akan sentiasa sabar dan istiqomah dalam perjuangan. Ku harapkan bantuan dan sokonganmu serta sahabat lain dengan izin Allah agar diri ini tetap tegar untuk berdiri walaupun sesekali ku tersungkur di bumi.
Hidup ini umpama sepinggan nasi campur. Kadang2 kita mkan lauk yang 'masin'. Kadang2 pula kita makan lauk yang 'manis'. Ada masa pula, kadang2 lauk kita itu 'tawar'. Sesekali, semua rasa menjadi satu hingga rasa itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana keindahan yang ada disebalik rasa itu. Apapun yang terjadi, teruskan melangkah dan berjuang.

Wallahu'alam. Yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datang atas kelemahan diri insan kerdil ini sendiri dengan izin Allah..





1 comment: