Salam

tinta

Friday, July 29, 2011

Terima Kasih

Terima Kasih
by
srikandi sejati
29 JULAI 2011 (05.50 pm)





Terima kasih buat semua sahabat, sahabiah dan juga insan-insan yang mengenali diri ini yang telah memberikan suntikan semangat agar tabah dalam menghadapi ujian. Jutaan terima kasih atas keprihatinan, bantuan yang dihulur dan doa yang dikirim untuk kesejahteraan dan keselamatan keluarga saya yang tercinta. Moga Allah menerima dan membalas jasa baik kalian serta menjadikan kita semua sebagai hamba yang beriman dan bertaqwa. Amin Ya Rabb...



Ditujukan khas untuk semua sahabat seperjuangan yang masih berada dan berjuang di Politeknik, yang sedang menjalani Latihan Industri (Ina, Ana, Kak Insyirah & Mella), yang telah menamatkan pengajian di Politeknik, pensyarah (terutamanya Ustazah Azizan Mohammed), bos saya (En. Aliudin dan keluarga), keluarga saya (kak Amni, Kak Ummu 'Atiah, Kak Nanang & Roro), semua sahabat saya (antaranya Riziah, Bibi & Herniza) rakan sekerja, keluarga dan sanak saudara serta semua insan yang mengenali diri ini yang tidak sempat disebut diatasyang telah banyak membantu saya dan keluarga. Terima kasih yang tak terhingga. Kehadiran(nyata @ tidak) dan doa kalian amat bermakna buat saya.



Jutaan Terima Kasih daripada :
Ruhani binti Matnur,
Tinah binti Matnur,
Latipah binti Manglan,
Ain Batrisya binti Azemi,
Manglan bin Hashim,
Andiah binti Manglan,
Norhana binti Manglan,
Safwan bin Manglan
Azemi bin Idris.



2 comments:

  1. rasa syukur atas kunianNya.. sama2.. moga segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. Amin..rasa syukur yang tidak tergambar dengan kata2, terlalu indah ukhuwwah kerana Allah..=)

    ReplyDelete