Salam

tinta

Thursday, February 10, 2011

kita kian dekat..

KITA KIAN DEKAT..
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
10.februari.2011 (7 Rabiul Awal 1432)
11.35 pm

Alhamdulillah..akhirnya usia ini meningkat,mencapai umur yang tidak disangka..tidak di sangka, Allah memberiku peluang yang cukup lama untuk menikmati hidup ini..bersyukur kerana Allah menyayangi diri ini..


Bila direnung-renung semula, rupa-rupanya telah 21 tahun aku menagih kasih Allah..mendapat 'pinjaman' yang sangat lumayan dari Allah hgga aku tidak perlu membayarnya semula..sedangkan hadiah Allah itu sangat mahal harganya dan tidak mampu dimiliki oleh sesiapa tanpa izin-Nya..Allahu Akhbar..!!!besar sangat nikmat yang KAU beri padaku..

Segalanya KAU beri percuma padaku sebagai hadiahku sepanjang hayat ini..KAU beri segala nikmat ini percuma walau hakikatnya harga yang perlu di bayar tidak mampu untuk dibayar olehku kerana ianya sangat tak ternilai walau ku bayar dengan seisi dunia ini..tp sedangkan dunia ini pun bukan jua milikku..Maha Tinggi kuasa-MU ya Allah. 

KAU beri aku nafas percuma, kudrat percuma, nyawa percuma, akal fikiran percuma, anggota yang boleh bergerak, oksigen percuma, peribadi yang percuma, keluarga yang percuma, sahabat yang percuma, insan disisiku yang hadir silih berganti tanpa perlu di beli, kasih sayang percuma, rindu percuma, segala nikmat percuma..SUBHANALLAH..terlalu banyak yang KAU beri hingga aku malu untuk mengangkat mukaku menghadap-MU ya RABB..tak terkira olehku nikmat yang telah KAU beri padaku..


Ya Allah kerdilnya aku di dunia ini, dihadapan-MU..Ya Allah..

Ya Allah adakah aku masih mempunyai ruang yang panjang untuk memohon ampun atas dosa dan kealphaan ku selama ini..?Atas dosa yang sentiasa ku lakukan..?Atas kelalaian ku terhadap dunia-MU yang sementara..?Atas kelekaan ku berhadapan dengan kerenah dunia yang tidak pernah putus..?Adakah aku masih punya ruang untuk memohon redha-MU ya Allah..?

Ya Allah, semakin hari, aku terasa diri ini semakin dekat dengan panggilan-MU..aku merasa dunia ini semakin kecil bagiku, dada ku terasa sesaknya..Adakah masa aku akan pergi dari dunia ini semakin dekat Ya Allah?? Andai benar KAU berilah padaku peluang untuk membaiki kesilapanku yang lalu..KAU bukakan pintu taubat untukku Ya Allah..

Aku faham ya Allah, setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat malah setiap detik ini umurku semakin meningkat..tapi semakin meningkat umur ini, semakin dekat lah jua aku dengan kuburku, semakin singkat lah jua masa untukku bersama dengan-MU, semakin singkat jua masa untukku memohon ampun dari insan disekelilingku..

bila satu masa nanti,

"..RUMAH KATA PERGI, DAN KUBUR KATA MARI.."


aku pasrah ya Allah..moga pada ketika itu, bekalanku telah cukup dan redha-MU mengiringi diriku ke dunia baru..


"..ya ALLAH, aku hamba-MU yang sangat lemah..Aku hamba-MU yang sentiasa alpha, Aku hamba-MU yang sentiasa lalai, aku hamba-MU yang sentiasa berlengah..


Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Ghafar, Ya Latif, Ya Fatah, Allah yang Maha Segalanya, yang menguasai hari pembalasan dan sekalian alam serta seisinya, andai ditakdirkan aku mati, matikanlah aku dalam nikmat ISLAM, matikanlah aku dalam keadaan beriman pada-MU, dalam keadaan hatiku tetap pada kekuasaan-MU, janganlah kau bolak balikkan hatiku ya Allah.


Ya 'Alli, Ya 'Aziz, terimalah aku sebagai mujahidah-MU, sebagai pejuang agama-MU..KAU tetapkanlah imanku, KAU terimalah aku sebagai syahidah-MU..


Jangan KAU biarkan aku sesat Ya ALLAH, jangan KAU biar aku bersendirian mengharungi ujian-MU, jangan KAU biarkan aku lalai walau hanya untuk seketika cuma, jangan KAU biar aku memohon pertolongan selain daripada-MU.


Ya Allah, tempatkanlah aku di syurga-MU dengan redha-MU, bukan dengan amalku, kerana aku mendambakan keredhaan-MU untuk setiap langkahku. Ampunilah hamba-MU ini Ya Allah..
Amin.Amin ya Rabbal 'Alamin, walhamdulillahi Rabbal 'Alamin.."








demi kasih dan redha-MU,
ku korbankan apa yang kumiliki..




dengan titisan airmata,
dengan ikhlas..
aku berserah pada-MU..




No comments:

Post a Comment