Salam

tinta

Saturday, February 12, 2011

TEMPAHKAN SEBUAH BILIK DI NERAKA



 TEMPAHKAN SEBUAH BILIK DI NERAKA
13.februari.2011 (6.53 am)

Buat iktibar bagi kita yg selalu leka. Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir “MANAR ISLAM".

        Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau bukan mahramnya.

        Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran & adat serta agama Islam. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki," nasihat orang tua itu.


        Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapakah kamu hai orang tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang.

        Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil telefonku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempermainkan hukum Allah dengan begitu biadab.

       
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari sigadis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua orang didalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu, yang tidak menghormati hukum hakam Allah dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

        10 minit kemudian bas tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar itu didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

         Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku dijalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Beberapa orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas & hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.


Moralnya: Kita tidak boleh mengabaikan hukum Allah apatah lagi mempermainkannya. Allah itu Maha Kuasa, Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Kita harus ingat sesiapapun yang menasihati kita, kita harus terima kerana itu adalah untuk kebaikan kita juga. 

No comments:

Post a Comment