Tahukah Kamu?
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
09 Februari 2011 (11.21 pm)
Ia tak semudah kita meungkap kata-kata,
Ia tak semudah melafaz bicara,
Ia juga takkan semudah kita menyatakannya.
Tahukah kamu,
Ianya sangat berat,
Tahukah kamu,
Ianya tidak ringan,
Tahukah kamu,
Ianya tidak mudah,
Tahukah kamu,
Tahukah kamu,
ianya satu beban yang perlukan pengorbanan,
ianya satu perkara yang perlu kufikirkan,
ianya satu perjuangan,
ianya satu persediaan.
Tahukah kamu,
orang yang memikulnya,
adalah orang yang sedang diuji,
Orang yang sedang dekat dengan Allah,
Orang yang sedang dijanji syurga jika dia berjaya mengharungnya.
Tapi,
Kamu harus tahu,
Bebannya sangat berat,
Tak mudah untuk di pikul,
Tak mudah untuk dihadapi,
Tak mudah untuk ditanggung.
Kadang-kadang,
menghadapinya membuat aku terasa lemah,
Kadang-kadang,
ku jua terasa ingin rebah,
Kadang-kadang jua ku terasa kian goyah,
Aku juga takkan betah,
Jika semua ini tak di pertimbangkan kerana Allah.
Ya Allah,
jangan KAU biarkan aku bersendirian memikul amanah ini,
jangan KAU biar aku jauh,
jangan KAU biar aku mengeluh,
jangan KAU biar aku terus tenggelam dalam dunia yang ku cipta sendiri.
Ya Allah,
aku perlukan-MU,
aku mahu bantuan-MU,
aku ingin kasih sayang-MU,
aku ingin berada dalam dakapan rahmat-MU,
sentiasa dalam redha-MU.
Ya Allah,
aku yakin pada janji-MU,
kemenangan bersama orang yang sabar,
bersama orang yang berjuang,
kerana ku tahu,
KAU tak menguji hamba-MU
melainkan dengan kemampuannya,
sesungguhnya KAU MAHA MENGETAHUI
lagi MAHA BIJAKSANA.
KAU sedang menguji sejauh mana keimananku terhadap-MU.
Kepadamu pemikul amanah,
Aku harap kamu tahu tentang itu,
Aku jua berharap,
Kamu tidak hanya TAHU,
tetapi jua,
FAHAM..
No comments:
Post a Comment