AKU, KAU DAN DIA
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@
http://menumpangkasihmengharapredha-nya.blogspot.com/
26 JAN 2011 (11.56 pm)
Aku, kau dan dia,
umpama mawar yang kembang mekar di dalam taman,
menyebarkan wangiannya kesegenap dunia,
Tidak dipeduli bau yang dihasilkan,
Aku, kau dan dia,
Mawar yang sedang mekar,
semakin ia mekar,
semakin ia menawan sesiapa sahaja yang memandangnya,
tak kira dari luar taman,
Aku, kau dan dia,
Mawar yang sungguh berbisa,
Biar kita mawar yang sering diperhati,
tapi
biarlah kita menjadi mawar yang tak dapat disentuh.
Aku, kau dan dia,
Mawar berbisa yang wangi,
Jangan di biar seekor kumbang pun hinggap,
kerana ku mau,
kita jadi mawar yang suci,
yang tak pernah dikotori.
Duhai mawarku,
Tidak semua kumbang itu berguna,
ada kumbang yang akan meninggalkan racun berbisa,
duhai mawar,
mahukah kau di hinggapi oleh kumbang itu,
sedangkan ada kumbang yang pasti untukmu,
menanti dirimu.
Wahai mawarku,
biarlah kita menjadi hiasan syurga,
jangan kita menjadi hiasan neraka.
Mawarku,
durimu itu dijadikan tajam,
untuk menjadi perisai tubuhmu,
tak dijadikan lembut,
untuk menyenangkan mereka.
bila mereka cuba menyentuhmu,
biar mereka yang berdarah,
asal jangan kau biar dirimu yang terluka.
kerana
KAU, AKU DAN DIA,
adalah mawar dunia sementara,
penghias syurga di sana.
Mawarku,
jangan kau persiakan hidupmu,
No comments:
Post a Comment