Salam

tinta

Thursday, January 27, 2011

KESIAN MEREKA

KESIAN MEREKA
by
muslimah_hana90@yahoo.com
@

Hari ini hari jumaat. Kelas aku bermula jam 8 pagi. Kelas pertama pagi ini adalah English for Commercial Purpose. Sebenarnya kelas aku smpai jam 4 ptg tetapi memandangkan kelas yang jam 10 itu batal, kami tarik kelas petang ke jam 10. Alhamdulillah, boleh juga rehat petang nanti.

Masuk saja aku kelas English, kawan aku bagitau, ari ini ada kuiz. Astaghfirullahalazim...aku tak tahu pun ari ni ada kuiz. Ke aku lupa??ntahlah..ahh..redah jer...Alhamdulillah, soalan dia senang je, tulis nombor dan isi tempat kosong ja..tak lama, aku dah menghantarnya. Syukur kepada Allah kerana membantuku.

Habis ja jawab soalan, aku and geng kacamata terus keluar.
3 daripada kami pergi ke perpustakaan. Aku dan kawanku seorang lagi pergi memprint assignment dan terus stay di SP (Student Plaza). Kami bercerita tentang apa yang perlu dibuat selepas habis belajar ini. Rancak kami bercerita. Macam-macam kami fikir dan bualkan.

Asyik kami bercerita, tiba-tiba aku melihat seorang makcik cleaner mengambil sampah dari sebuah tong sampah untuk di buang. Tiba-tiba atiku tersayat pilu. Hampir saja aku menitiskan air mata. Kesian makcik tu. Tiba-tiba aku terfikir, bagaimanakah nasibku nanti jika aku menjadi seperti mereka?Nauzubillahimin zalik. Aku berlindung pada-Mu ya Allah.

Bukan aku memperlekehkan kerja itu. Kerja itu juga mulia. Bahkan mungkin antara yang paling mulia. Tanpa mereka pasti dunia ini akan jadi kotor. Pasti sampah akan ada dimerata-rata tempat. Kerja ini kerja mulia. Bahkan mendapat tempat di sisi Allah, kerana mereka bekerja bukan sahaja untuk menyara hidup, tetapi  sedar tak sedar mereka juga sedang menjaga alam ciptaan Allah ini.


Aku berdoa di dalam atiku agar jika makcik ini ada anak, anak dia akan merubah nasibnya dengan izin Allah, jika dia xda anak, aku memohon agar ada ank saudaranya atau insan berhati mulia yang akan datang membawa kehidupan yang lebih baik untuknya.insyaAllah, dengan izin MU..amin.

No comments:

Post a Comment