AKU UMPAMA POHON SEMALU
by semalu putih
@
muslimah_hana90@yahoo.com
06/JAN/11 - 4.52pm.
Ada orang yang menganggap pohon ini tidak berguna langsung kerana ia menyakitkan. Tetapi tidak bagiku, kerana pohon ini terlalu besar maknanya bagi diriku. Layaknya wanita itu ibarat pohon semalu. bahkan aku mengibaratkan diriku sendiri seperti pohon semalu.
Walaupun ramai orang memandang rendah terhadapnya, namun ia tetap meneruskan hidup. dan adakalanya ada orang yang tidak sedar akan kehadirannya hinggalah satu tahap bila orang memijaknya dia mula menunjukkan siapa dirinya. Pohon semalu yang disangka pendiam rupanya berduri tajam.
Pohon semalu berdaun hijau. Hijau yang memberi ketenangan.Aku ibaratkan diriku jua begitu, mampu mendamaikan sesiapa shaja yang berada disampingku bahkan semua orang yang mendampingiku juga yang memandangku.
Pohon semalu juga mampu mengeluarkan bunga yang cantik. Walaupun adakala bunga itu tidak dihargai, dia tetap berbunga. Kadang-kadang menghadapi hidup ini perlu banyak pengalaman, nasihat dan dorongan untuk menyokong orang lain walaupun kadangkala apa yang dikatakan itu tidak dihargai. Aku tidak kisah yang penting aku telah menjalankan amanahku dengan baik. Kelak aku tidak akan menyesal bila aku ditanya kenapa aku meringankan amanahku, kerana aku telah melakukannya dengan sedayaku.
Batangnya yang kecil juga berduri tajam.. Itu adalah perisaiku. Walaupun pendiam aku jua mampu melukai ati orang disekeliling ku. Jadi berhati-hatila siapa yang disekelilingku. Aku tahu ia amat menyakitkan bila terkena duri itu, namun aku takkan melukai semua orang dengan duri yang ada. Aku akan berhati-hati dalam memancarkan duri yang tajam.
begitulah aku. Pendiam tapi berbisa. Walau sering diperlekeh namun sabar itu tetap ada batasnya. Moga aku dapat membahagiakan walaupun kebolehanku sering diperkecilkan. Sekali ia diusik, ia akan tertunduk malu. Itulah lumrahku sebagai seorang wanita. Jangan pernah cuba untuk memetikku jika aku tidak merelakan kelak duri berbisa menjadi santapanmu.
No comments:
Post a Comment