MAAFKAN AKU
by semalu putih
@
http://menumpangkasihmengharapredha-nya.blogspot.com/
Wahai sahabiahku,
Aku amat menyayangi dirimu,
dulu, kini dan insyaAllah untuk selamanya.
Dulu,
kau sering sependapat denganku,
Tapi kini,
Dulu,
kau sering mendorongku untuk meneruskan langkah,
Tapi kini,
Kau sendiri yang menghentikan langkahku itu.
Dulu,
Kau sering menyambut tanganku untuk bangun semula
walaupun teruk aku terjatuh,
tapi kini,
kau biar aku bangun sendiri.
Dulu,
kau sering membetulkan bicaraku,
tapi kini,
kau tambah racun dalam kata-kata itu.
Dulu,
Kau betulkan langkahku agar aku tak jauh tersasar dari jalan Allah,
tapi kini,
kau sesatkan langkahku bahkan jua langkahmu.
Dulu,
Kau sering berbicara denganku,
tapi kini,
kau sendiri menutup cerita tentangku.
Dulu,
kau sering menjadi perisaiku,
tapi kini,
kau sendiri yang menikamku.
Dulu,
kau sering menjawab soalanku,
tapi kini,
Kau biar aku dengan 1001 persoalan tanpa jawapan.
Dulu,
aku selalu menanti siang hari untuk bertemu denganmu,
Tapi kini,
Bagaimana wahai sahabiahku?
Mana kata-katamu yang dulu kau laungkan?
Mana prinsip hidupmu yang lama kau pegang?
Kemana hilangnya sahabiah yang sering mendampingiku dulu?
sahabiahku,
aku rindu kau yang dulu,
Aku rindu dirimu sebenar yang dulu,
tapi kau dah merubah rasa rindu itu..
Sahabiahku,
jangan kau pernah berharap aku akan hadir lagi seperti dulu,
Walau aku menerima dirimu semula,
Tidak bermakna aku menerima apa yang telah kau lakukan,
Sahabiahku,
Maafkan aku,
Aku sendiri tak dapat mengubah kemahuan hati ini,
Hati ini telah sering dilukai olehmu,
Hatiku benar-benar terluka sahabiahku.
Sahabiahku,
Aku amat menyayangi dirimu hingga aku tak sanggup menerima semua ini,
Kau dustai perhubungan yang indah,
yang tercipta kerana-NYA.
maafkan aku Sahabiahku.
Sahabiahku,
Aku tak sanggup untuk terus dilukai,
Aku tak sanggup untuk terus mendustai hatiku,
Aku terseksa.
Hatiku menangis sedangkan bibirku tersenyum
dan amat sukar bagiku memujuk hatiku..
Sahabiahku,
Dengan langkah yang kau pilih,
Ternyata kau tidak peduli pada orang disekelilingmu,
Tidak jua diriku,
Maka dengan itu...
dengan berat hati...
aku meyakini, kau tidak lagi menyayangi persahabatan ini,
diri ini, jua diri insan yang menyayangimu.
Sahabiahku,
jika selepas ini kau melihat padaku,
dan ternyata ada perubahan pada diriku,
ketahuilah ianya mungkin kerana
DIRIMU YANG BERUBAH
atau
MEMANG AKU YANG MAHU BERUBAH
sekali lagi aku mohon..
MAAFKAN AKU wahai SAHABIAHku..!!
dengan titisan air mata..
berat rasanya..
No comments:
Post a Comment