Salam

tinta

Saturday, January 8, 2011

CINTA


CINTA
By : semalu putih
@
http://menumpangkasihmengharapredha-nya.blogspot.com/
08 / JAN / 11 ( 06.21 pm)

Bagiku cinta itu terlalu indah, terlalu berseni. Merasai nikmat cinta bersama Allah itu terlalu indah hingga tiada kata yang dapat mengungkapkan perasaan indah itu. Tetapi cinta yang kuingin tulis saat ini adalah cinta sesama manusia, cinta berlainan perempuan, antara lelaki dengan perempuan.

Kata orang cinta itu buta, betulkah?? Ah, aku tidak setujulah..masa cinta itu buta. Ataukah orang yang bercinta itu yang buta??Haaa..itu aku setuju.




Cinta itu sebenarnya suci. Manusia yang bercinta itu yang mengotorinya hingga ramai orang tidak tahu apa makna cinta sebenar. Orang zaman sekarang bercinta kerana hatinya yang buta. Mereka terlalu mengikut nafsu. Hinggakan bercinta di awal remaja itu menjadi satu tradisi, bahkan bukan di kalangan remaja sahaja tetapi juga dikalangan budak sekolah rendah. Ya Allah, betapa mereka menzalimi diri mereka sendiri.

Bila ditanya pada remaja sekarang, apa yang dorang tau tentang cinta, masing-masing dengan bangganya melafazkan maksud cinta. Ada yang berkata :

“Aku milik dia dan dia milik aku.”

“Cinta tu amat manis. Apa sahaja boleh dibuat ketika bercinta.”

“Alah, cinta tu boleh, manada haram.”

“Demi cinta, aku sanggup bunuh diri.”

Dengan jawapan ini, bagi sesiapa yang masih hidup hatinya, dia pasti sedar ada sesuatu ( bukan setakat sesuatu, tetapi beribu-ribu suatu ) yang tidak betul dengan cinta di era moden ini.

Siapa kata cinta itu haram?? Tiada siapa yang kata cinta itu haram.
Tetapi Allah melarang kita untuk mendekati zina. “Laa taqrabuuz zina…(Janganlah kamu menghampiri zina…..)..”

Mendekati zina itu antara lainnya adalah bercouple.Kenapa Allah larang kita untuk bercouple? Kerana Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang akan terjadi tidak kira lah berapa juta tahun akan datang, Dia tetap mengetahui kerana alam ini Dia yang mentadbir. Setiap apa yang dilarang oleh-Nya itu bukanlah suka-suka, bahkan tidak pernah sia-sia. 

Kita lihat sahaja zaman sekarang berapa ramai orang yang sanggup buang bayi?Bukan kerana mereka tiada duit untuk membela anak itu, tetapi kerana malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Takut masyarakat akan mengata bila anak itu lahir tidak berbapa. Takut keluarga dapat tahu. Takut orang ramai pandang rendah. Sedar-sedarlah wahai masyarakat ku. Orang ramai tidak pernah memandang rendah atau memandang hina padamu, tetapi kau sendiri yang merendahkan martabat dan maruahmu.



Mungkin juga kau boleh bersembunyi daripada mata orang ramai, masyarakat disekelilingmu, keluargamu dan sesiapa sahaja yang ada disekelilingmu, tetapi mampukah kau lari daripada pandangan Allah? lari daripada pengawasan Yang Maha Berkuasa?Allahu Akhbar..!!!

Masyarakatku, aku bawakan satu contoh yang mudah. Bolehkah kiranya kita beri bayi yang baru berusia 5 tahun makan nasi lemak sambal udang??Tidak??Siapa kata tidak?

Saya kata BOLEH..!! jangan terkejut.Tetapi itu agak zalim (meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya). Boleh kita beri dengan bayi tu, tetapi tidak sesuai,kan?kan?Begitu juga dengan cinta. Boleh jika kamu ingin bercinta pada zaman remaja ni tetapi ia tidak sesuai kerana tugas kamu yang utama adalah belajar, mengejar cita-cita bukan cinta. 

Bila mana remaja sekarang bercinta pada zaman remaja ni, itu maknanya dia zalim pada dirinya. Samalah seperti dia sendiri yang mencari bahaya. Cuba anda fikirkan, kalau anda berjumpa dengan sebuah lubang di hadapan anda ketika anda berjalan, pasti anda akan mengelak lubang tu kan.kenapa?? Kerana anda tidak mahu jatuh kedalam lubang itu ataupun ditimpa bahaya bila terus melangkah tanpa menghiraukan lubang itu.

Begitu juga cinta. Bila anda sedang berhadapan dengan masalah cinta, seharusnya anda mengelak daripada terjebak dengan cinta itu. Jika anda menerima cinta itu dalam hidup anda maknanya anda sengaja menempah bahaya, anda sengaja merosakkan hidup anda, anda sengaja merosakkan langkah anda yang sebenarnya masih panjang.

Terlalu ramai orang yang tidak sedar akan hakikat cinta. Ada orang yang sanggup berkongsi sudu apabila makan, sanggup bercubit manja, sanggup berdua-duaan sedangkan dia orang Islam, paling menyedihkan bila orang yang tahu agama itu sendiri yang berbuat demikian. Kemana hilangnya malu?Sedangkan beribu-ribu pasang mata sedang memerhati, berjuta-juta hati sedang meneka dan membuat prasangka. Na’uzubillahi min zalik..!!

Sedarlah wahai masyarakatku. Aku tidak mahu turut sama menanggung dosa untuk kesalahan yang kau lakukan. Sedangkan dosaku pun tak larat aku nak tanggung inikan pula nak tanggung dosamu. 

Sedarlah. Cinta bukan hanya akan bermula apabila terlafaznya perkataan ' I LOVE U', tetapi cinta itu bermula daripada sekecil-kecil perkara iaitu pandangan mata dan SMS. Tak percaya?? Cuba tengok orang disekeliling kita, berapa ramai yang kononnya jatuh cinta pandang pertama? dan sejak terpandang itu pastilah akan dicari pemiliknya hinggalah yang paling senang dia akan mencari nombor telefon. Da dapat nombor telefon, mula la tu sms.
Tanya yang tak sepatutnya ditanya.

"Dah makan?"
"Dah bangun?"
"Boleh berkenalan?"

Macam-macam lagilah. Dari situ bermula lah bibit cinta. Berbungalah cinta sedangkan cinta yang dimiliki telah lama mekar dengan-Nya. Akhirnya tercemarlah 'Cinta Yang Mekar' apatah lagi bila hadirnya pihak yang ketiga. Alangkah murahnya harga cintamu..


Ya Allah, aku berlindung pada-MU daripada kejahatan syaitan yang direjam. Aku memohon pada-MU, agar hati ini tetap bersama-MU. Janganlah KAU bolak balikkan hati kami Ya ALLAH. Aku mohon pada-MU Ya Allah agar hati kami hidup dalam iman. Janganlah sesekali KAU jauhkan hati kami dari sisi-MU YA ALLAH. Amin ya Rabbal 'alamin.

No comments:

Post a Comment