Pokok Kelapa
by : semalu putih
@
muslimah_hana90@yahoo.com
08/jan/11 (3.46pm)
08/jan/11 (3.46pm)
Pokok kelapa itu amat bertuah. Ramai orang yang ingin menjadi sepertinya. Namun kita harus pasrah dengan semua takdir Allah untuk kita. Bukan kerana ia adalah pokok kelapa, tetapi kerana kita adalah manusia.
Kita lihat sendiri pada pokok kelapa itu, semua bahagian yang ada dalam pokok itu semuanya digunakan dan berguna.
Bermula daripada batangnya, ia dapat dibuat titi (jambatan). Kadang-kadang daripada batangnya itulah kita dapat mendirikan sebuah teratak. Selalunya di kampungku, batang pokok kelapa digunakan untuk menbuat teratak sementara di majlis-majlis perkahwinan.
Daunnya pula diguna untuk membuat atap rumah ataupun bungkus kuih. Aku masih ingat lagi, ketika aku kecil dulu, aku selalu minta ajar daripada mamaku untuk membuat tikar daripada daun kelapa. Indahnya kenangan itu. Lidinya pula boleh dibuat penyapu, alat mengira (selalu aku guna ketika aku masih sekolah tadika), atau untuk semat kuih contohnya wajid.
Buahnya pula amat bermanfaat. Airnya boleh dibuat ubat bahkan boleh menjadi santapan untuk menghilangkan dahaga disaat kehausan. Ianya sesuai diminum bila-bila masa tidak kira samada ia sejuk ataupun tidak. Sabutnya boleh dibuat sebagai bahan api dan penyapu. Tempurungnya pula amat sesuai diguna untuk bahan api ketika membakar sayap ayam atau apapun kerana ia akan mengeluarkan bau yang harum.
Aku juga ingin jadi seperti pokok kelapa. Semua bahagiannya dapat digunakan dan bermanfaat bagi manusia. Walau ia ditiup angin, namun ia tetap berpegeng pada akarnya, tetap teguh dengan dirinya.
Moga kita semua dapat memberi manfaat kepada manusia disekeliling kita tidak kiralah samada kita senang atau tidak. Moga kudrat yang diberi pinjam oleh Allah ini dapat kita gunakan sepenuhnya untuk Islam demi menraih redha Yang Maha Esa. Amin.

No comments:
Post a Comment