Salam

tinta

Thursday, January 20, 2011

bila kita bersahabat

bila kita bersahabat
by : semalu putih
@
21 jan 11 (1.37 am)

Bila kita bersahabat,
jangan kita mengharap dia insan yang sempurna,
bila kita bersahabat,
jangan kita mengharap dia tak melakukan salah,
bila kita bersahabat,
jangan kita mengharap dia terlalu cerdik,
bila kita bersahabat,
jangan kita mengharap pada dia yang cantik,
bila kita bersahabat,
jangan kita mengharap dia yang kaya,
bila kita bersahabat,
jangan kita lihat pada luarannya..
bila kita bersahabat,
jangan kita mengharap dia selalu ada disisi,


kerana bila kita bersahabat,
kesempurnaan itu bukan ukuran,
kesalahan yang dia lakukan membuat kita semakin erat dengannya,
kecerdikannya tidak akan kekal, ada masa dia akan buntu,
kecantikkan itu takkan selamanya,ada masa dia akan menjadi hodoh,
kekayaan xkan memberi makna, ia xkan menjamin syurga,
luarannya juga bukan jaminan dia sahabat sejati,
kerana bila kita mengharap dia kekal disisi, ada masa dia akan pergi menyahut seruan Illahi..

Sahabat,
bersahabatlah seikhlasnya..sejujurnya..
tak perlu lah mengharap apa-apa balasan,
kerana dia juga manusia biasa,
takkan lari daripada membuat salah dan silap..

Sahabat,
Siapa kita untuk mengharap pada kesempurnaannya?
kau manusia, dia juga manusia,
kita tetap sama,
bernafas kerana ihsan Illahi,
Masih bernyawa kerana kesempatan yang ada..

Sahabat,
jangan kau mengharap lebih pada diriku,
aku manusia biasa yang takkan lari daripada kesilapan,
manusia biasa yang ada masa jatuh dan bangunnya,
manusia biasa yang berkelana mencari redha-Nya,
kerana aku manusia biasa..
jua sepertimu..

No comments:

Post a Comment