Salam

tinta

Thursday, January 6, 2011

cawan

CAWAN..
by: semalu putih
@
muslimah_hana90@yahoo.com
07/JAN/11 ( 00.12)


kita ini umpama sebiji cawan..
Ada cawan yang kosong, bila ditiup angin dia lah yang paling kuat bunyinya..
Cantik dari luaran tetapi kosong dalaman.
 Atau mungkin juga kita sebiji cawan yang penuh berisi. Berisi dengan macam-macam jenis air. Mungkin ada cawan yang berisi air kopi, mungkin susu, mungkin juga air sirap.

Sebaik-baiknya, biarlah kita menjadi sebiji cawan yang berisi air yang boleh menghilangkan dahaga disaat kita kehausan. Semakin air itu diminum, semakin banyak pula air itu bertambah.Jangan sesekali biarkan ia dalam keadaan kosong kerana jika ia kosong ia akan dihinggapi habuk.Dan bila ia berisi jangan pula biarkan dia terus begitu tanpa disentuh atau diminum, kelak ia xkan berguna bila ia telah basi.
Itulah umpamanya manusia. Hati yang gersang, yang kosong dari jalan Allah itu amat mudah untuk hanyut dan terpesong daripada jalanNya. Tapi bila hati itu sering diisi dengan perkara yang berfaedah, mengamalkan sikap mahmudah, dan sentiasa berusaha untuk sentiasa dekat denganNya dalam mencari redhaNYA, pasti hati itu adalah hati yang lebih indah, lebih halus dan lebih cantik akhlaknya.Namun, keputusan terletak di tangannya, samada mau mengisinya dengan amal soleh ataupun amal keburukan, semuanya terserah pada dirinya. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Renung-renungkanlah..!!!




No comments:

Post a Comment